TERATAK KASIH IMPIANKU

TERATAK KASIH IMPIANKU

Saturday, December 4, 2010

Bidadari adalah produk DCL yang terhangat. Ia merupakan minuman berfungsi untuk kesihatan, kecantikan dan kebahagian suami isteri dikomposisikan dengan bahan semulajadi mewah.

Kandungan bidadari adalah seperti berikut :-
  1. madu asli
  2. sireh
  3. akar serapat
  4. kacip fatimah
  5. kurma
  6. manjakani
  7. serai
  8. jarum mas
  9. asam jawa
  10. herba-herba terpilih

Mekanisme Bidadari
BINA DARI DALAM DIRI wanita untuk faedah wanita (isteri) dan suami. Bidadari yang kaya dengan protein, serat, karbohidrat dan vitamin A, B, C, D dan E sangat baik untuk membina kesihatan terutamanya membina system rahim, meningkatkan seri wajah dan menjadi pemangkin kepada kenikmatan perhubungan kelamin (suami dan isteri)

Madu
Kaya dengan zat galian penting seperti Kalsium, fosforus, Sulfur, Karbon, zat besi, natrium, kalium, Klorin, Magnesium, Iodin, Kuprum, Manganese dan silikon serta kaya dengan vitamin-vitamin seperti A, B kompleks, C, D dan E. Madu sangat mudah dan cepat diasimilasikan dan cepat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan, sangat baik untuk buah pinggang dan mempertingkatkan system imunisasi tubuh.

Sireh
Terbukti sangat berkesan mengatasi masalah angin dalam badan, lemah badan, serak kerongkong, mulut berbau dan lain-lain masalah mulut, hidung dan lapisan dinding perut. Sirih dengan adunan lain-lain ramuan bertindak membantu membina rahim dan system peranakan.

Akar Serapat
Sering digunakan secara tradisional dengan menggabungkan bersama-sama herba-herba lain (selalunya kacip fatimah dan lain-lain). Sangat berkesan untuk membina rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan system kemutan.

Kacip Fatimah
Terbukti boleh merawat buasir, penyakit tulang dan sangat baik untuk perempuan lepas bersalin bertujuan untuk mengetatkan rahim serta membantu mengetatkan faraj.

Kurma
Kaya dengan protein, sertat, vitamin A dan C, Zat Mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potassium, membantu menyerap tenaga dengan segera, mencegah bengkak usus, membaiki sistem saraf, tekanan, menguatkan ingatan, meredakan tekanan darah tinggi dan meningkatkan tenaga seksual.

Manjakani
Terbukti membantu mengatasi masalah buasir, keputihan, anti kanser dan mengetatkan faraj.

Serai
Kandungan `Citral’ di dalamnya berkesan membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Pati minyak di dalam serai membantu meredakan senak dalam perut disebabkan angin dan membantu mengurangkan bau badan (khususnya tapak kaki). Serai juga membantu menurunkan suhu badan. Ia juga bersifat antiseptik. Kandungan tonik di dalamnya akan merangsang sistem badan. Ianya bertindak sebagai pelali terhadap sistem saraf pusat.

Jarum Emas
Terbukti mampu untuk meningkatkan kesihatan dan tenaga seksual.

Asam Jawa
Kandungan `Flavonoid’ di dalamnya bersifat anti radang dan membantu pengeluaran peluh. Asam Jawa juga membantu melangsingkan badan.

Keistimewaan Bidadari
  1. Membina dan mengecutkan rahim
  2. Menguatkan otot dan menyempitkan faraj
  3. Menegangkan payudara
  4. Membantu merawat luka dalam perut dan selepas pembedahan
  5. Menguatkan sistem kemutan
  6. Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada pasangan semasa hubungan kelamin.
  7. Menambahkan kolegen dalam badan
  8. Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah.
  9. Menghilangkan bau badan & mulut
  10. Mengatasi masalah senggugut dan keputihan
  11. Melegakan panas badan

Sunday, November 14, 2010

Hanani and Humaira....

Adik pun dah sama besar dengan kakak...
Hanani 4 tahun....Humaira dah 6 bulan........

berabuk.......

hm...dah berabuk upanya ..... bolehla sambung balik update blog...dah hbs exam, lega sikit. adala masa terluang utk ber blogging, fb, n main2 dgn anak2.....pg tadi meluangkan masa dgn anak2 gi berenang kat pusat akuatik... seronok betul si kakak dapat berenang... dah 7 bulan tak bawak Nani berenang. bila dia tau je ummi nak bawak dia gi berenang, wah, suruh buat apa pun dia sanggup buat...
Adik Humaira pun ummi ajar berenang... dia pun seronok betul. x meragam pun masa main air. Dulu masa Nani umur 6 buln pun aku ajar dia main air.. Sekarang ni Humaira plak...
Siap je berenang, nak balik tu....."Ummi, Nani nak makan. Nani laparla"... la..lapor anak aku ni. masa datang tadi x plak dia ingat lapor... hehhehe...
Lepas makan, aku gi singgah ke kedai dobi ex-bos aku masa keje kat satang. Nama dia Khir Anuar. dah brape hari asyik tingat kat dia n bini dia... alhamdulillah, ex-bos aku tu sihat. tapi bini dia baru lepas operation. harap2 cepat sembuh. Respect betul kat En Anuar. Kedai dobi dia semakin maju. marketing strategy dia memang bagus.... doakan semoga maju jaya....
Balik, sume pengsan. terutamanya nani.....siap cakap.."Ummi, Nani penat la..Nani nak tido"  anak2 yang menghiburkan hati walapun kekadang sangat geram dengan perangainya yang degil....:)

Friday, August 20, 2010

pergi berubat......

hari selasa lepas bawak humaira gi berubat dengan sorang mak cik ni..kat meru je...dekat je ngan umah. dia mengubat budak yg selalu demam2 dan selalu sangat menangis x benti2. bila pergi dia kata humaira ni kene tegur je..budaknye terperanjat..... mungkin sebab slalu amik dia waktu senja..aku plak balik umah dah malam sbb ada kelas. so, makcik tu advise tuk mandi dulu sblm pegang anak.... dia bg air penawar untuk minum dan mandi dengan air limau yg telah dibaca2 dengan makcik tu....
inilah rupa anak manja ummi menangis
harap2 okla... humaira, jangan nangis banyak2. suara pun dah serak. ummi sayang sangat ngan nani n humaira.....

Thursday, August 12, 2010

aduhai nurbalqis humaira.....

humaira dah 3 bulan... perangai suka nangis kuat2 bila lambat dapat susu masih tak hilang... baby sitter asyik komplen humaira asyik nangis mcm kene pukul. humaira humaira...
 semalam kul 2.30 ptg hubby call. dia kata suami baby sitter call. katanya humaira nangis sampai kejang2. macam mana nak buat? tanya suamiku. aku terus call baby sitter tanya keadaan Humaira. Dalam tpon dgr la suara Humaira nangis. Kuat sangat. Aku suruh Ya Allah...Apakah ujian Mu di hari pertama puasa...Baby Humaira nangis tangan dan kaki nya kejang. matanya tertutup... Luruh rasa jantung lemah rasa kaki.. aku suruh baby sitter lap dgn kain basah.. Pastu tpon balik, budaknya dah senyap lps kene lap.. Lega rasa hati sebab dia dah senyap.kang nangis melarat susah plak...
Aku ni memecut kereta sampai 120km/jam. nak cepat sampai umah baby sitter. sampai2, humaira dah senyap tp tersedu2.
Bawa balik, bagi susu(tapi muntah balik), bedung dia terus dia lelap. Penat agaknya..Napela Humaira buat ummi
menggelabah. Check suhu badan dia 38C. Lps dia bgn, mandikan n susukan n bawak gi klinik... alhamdulillah doktor kata suhu bdn dah normal. kepala dia ok. mata dia pun ok... Alhamdulillah...

Saturday, August 7, 2010

ahli keluarga....

Gambar atas anak yang sulung...Nurliyana Hanani...kakak sukabergambar... masa ni kat uitm tunggu ummi dia hbs discussion....comot br lps swimming dgn ayah dia...
Gambar baby tu Nubalqis Humaira, 3 bulan.

ni gambar aku dan suami yang terchinta....

????

hm...selama nie x penah tpikir nak create blog..tp kenapa ek?
sajer nak cuba. tgk kengkawan ramai yg ada blog. aku pun nak cubala...
boleh kongsi apa saje dgn kengkawan...